30 Januari 2010

SELAMAT DATANG KE SUTRA CAFE & BAKERY INGREDIENTS (VERSI 2.0)

Terima kasih kami ucapkan kerana anda sudi bertandang ke gerai 'online' SUTRA CAFE & BAKERY INGREDIENTS versi 2.0!

Kami menerima tempahan:
  • biskut raya
  • samprit
  • oat coklat
  • tart
  • makmur
  • coklat cip
  • florentone ... dari harga serendah RM12.00 sahaja.
Berminat boleh hubungi Ayu ditalian 019-2455085 atau datang sendiri ke kedai kami di No. 11, Jalan Jati 3, Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh Selangor Darul Ehsan.

GALERI : KELAS LATIHAN










JADUAL KELAS

KELAS MEMBUAT KEK 2010

FEBRUARI 2010

Tajuk :
Tarikh :
Masa :
Resepi :
Yuran :

JENIS KEK








BAHAN & HIASAN KEK












HUBUNGI KAMI


Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di:

SUTRA CAFE & BAKERY INGREDIENTS
No. 11, Jalan Jati 3, Saujana Utama
47000 Sungai Buloh
Selangor D.E


NO. TELEFON
019-2455085


LAMAN WEB
www.sutracafe.com

SIAPA KAMI

Kami adalah sebuah syarikat mesra pelanggan yang menyediakan perkhidmatan membekal bahan-bahan asas membuat kek, roti dan biskut. Bahan-bahan tersebut adalah seperti tepung, pewarna, coklat masakan, serbuk koko, dan banyak lagi.

Kami juga membekalkan pelbagai jenis premix bermutu tinggi seperti cheese cake chilled, kek moist coklat, kek pisang, kek carrot, kek sponge, muffin vanilla, muffin coklat chip, muffin blueberry, tepung kentang putar dan tepung aiskrim.

Produk kami adalah sangat mudah untuk di sediakan cuma perlu ditambah air, telur dan butter @ majerin sahaja. Resepi di sediakan untuk setiap premix untuk memudahkan pelanggan kami yang tidak mempunyai asas untuk membuat kek.

Kami juga mengambil pesanan membuat muffin untuk warga Saujana Utama. Pesanan boleh dibuat 3 jam sebelum pengambilan dilakukan dengan harga yang berpatutan.

Kami juga membuat biskut samprit, oat coklat, tart nenas dan juga menerima tempahan untuk kek harijadi, kek perkahwinan dan cupcake seperti kek Blackforest, Kek Tiramisu, Kek Moist, Kek Cheese, Kek Fondat, Kek Brownies, Kek Pyramid.

Kami juga menyediakan Kelas Latihan Pelbagai Masakan & Kek untuk pelanggan kami di Saujana Utama serta kawasan sekitar kedai kami seperti Puncak Alam, Desa Coalifields, Penjara Sg. Buloh dan Alam Budiman.

Kelas Latihan kami boleh dihadiri seramai 20 orang peserta. Kelas Latihan kami berasaskan demo dan praktikal untuk memudahkan peserta memahami teknik serta tip-tips masakan. Kami juga menyediakan perkhidmatan Kelas Latihan di luar kawasan sekiranya ada yang berminat dengan menghubungi kami untuk menentukan masa dan menu.

Penyertaan adalah dari 10 – 20 peserta untuk setiap kelas dengan harga yang berpatutan.

SEKILAS PANDANG

SEANDAINYA teringin dan terfikir membuat kek atau biskut untuk dihidangkan kepada keluarga, diri sendiri atau sesiapa saja bolehlah berkunjung ke Sutra Cafe & Bakery Ingredients, khusus bagi mendapatkan pelbagai bahan ramuan dan peralatan serta kelengkapan membuat kek mahupun biskut yang diidamkan.

Bahan-bahan membuat kek dan biskut yang boleh didapati di situ antaranya seperti tepung hinggalah untuk menambahkan perisa atau menghiasinya supaya tampak lebih sedap dan menarik dimakan.

Begitu juga peralatan dan kelengkapan lain, boleh dikatakan serba lengkap sehinggakan anda tidak perlu bersusah ‘merayau’ dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari serta menyediakan semua itu. Malah, ia juga lebih menjimatkan masa dan dapat mengelakkan anda terlupa membeli barang atau bahan-bahan yang diperlukan.

Kedai Sutra Cafe & Bakery Ingredients yang baru dibuka sebulan lalu di Saujana Utama, Sungai Buloh itu dimiliki oleh dua sahabat, Wayunah Abdullah, 36, dan Muhammad Pandak, 31. Perniagaan sebegini lazimnya, dimonopoli peniaga bukan Bumiputera, tetapi dengan semangat gigih dan minat dalam membuat kek serta biskut, kedua-dua sahabat itu memberanikan diri menceburinya.

Wayunah berkata, idea untuk membuka kedai itu timbul selepas tiga tahun membuat perniagaan secara sambilan menjual biskut setiap kali tiba musim perayaan. Penat dengan kerjaya makan gaji lebih 20 tahun membuatkan dirinya merancang untuk memulakan sesuatu yang baru dalam hidup.

“Kemahiran saya ialah membuat biskut. Tetapi saya memikirkan biskut tidak dimakan hari-hari. Kalau banyak tempahan pun hanya pada musim perayaan. Jadi, saya fikir lebih baik saya menjual bahan-bahan membuat kek dan biskut yang boleh dibuat bukan saja untuk hari raya, tetapi untuk dimakan hari-hari bagi hidangan sekeluarga atau pun dibuat meraikan hari-hari tertentu serta apa juga majlis keramaian.

“Rakan kongsi saya bersetuju dengan cadangan itu lalu kami pun mencari lokasi dan seterusnya, sama-sama berhenti kerja di syarikat percetakan dan memulakan perniagaan ini,” katanya.


Antara kelengkapan membuat kek dan hiasan yang boleh didapati di Sutra Cafe

Menepati konsep perniagaan yang ingin diperkenalkan, Wayunah berkata, kedai itu buat masa ini khusus menawarkan bahan-bahan asas segera seperti tepung kek berbagai perisa, tepung muffin, pau, tepung kentang putar dan serbuk dadih. Dengan menggunakan bahan segera seperti itu pelanggan yang tidak mempunyai kepakaran membuat kek, biskut atau kuih-muih lain pun masih boleh membuatnya.

Selain bahan asas, kedai itu turut menawarkan bahan sampingan lain untuk membuat hiasan dan sebagai penyedap rasa seperti pewarna, bahan perisa, serbuk koko, kismis, ceri, emping jagung dan pelbagai jenis kekacang. Kelengkapan dan peralatan yang dijual pula antaranya ialah pelbagai bekas, acuan, timbang, alat penyukat, pelapik kek dan sebagainya.

“Sebenarnya, membuat kek, mufin dan biskut ini senang saja apatah dengan menggunakan bahan segera. Jadi, saya menggalakkan pelanggan beli dan cuba membuatnya dulu. Apabila sudah biasa buat, memang tiada masalah dan bolehlah dijadikan kebiasaan membuat hidangan minum petang dan pagi untuk keluarga. Walaupun sibuk dengan kerjaya, anda masih sempat membuatnya,” katanya.

Wayunah berkata, walaupun kedai itu baru dibuka sambutan diterima agak menggalakkan terutama daripada penduduk setempat. Kebanyakan pelanggan adalah suri rumah dan juga wanita berkerjaya yang sentiasa mempunyai keinginan untuk menyediakan hidangan untuk keluarga hasil air tangan mereka sendiri.

Katanya, bagi berkongsi pengetahuan dengan pelanggan, dirinya bercadang untuk mengadakan kelas masakan tidak lama lagi untuk sesiapa yang berminat membuat biskut dan kek. Pada masa kini kedai itu juga sedia menerima tempahan daripada pelanggan terutama membuat biskut, mufin dan dadih.

Sementara itu, Muhammad yang gemar memasak lauk pauk pula berkata, bagi memperluaskan perkhidmatan di kedai itu perancangan sedang dibuat untuk membuka kafe yang menyajikan pelbagai hidangan untuk minum petang dan makan malam dalam suasana santai.

Katanya, jika perancangan berjalan lancar kafe itu dijangka akan dibuka sekurang-kurangnya pada Mac depan. Beliau yakin, ia akan mendapat sambutan kerana buat masa ini konsep kafe yang direncanakan belum ada banyak saingan di kawasan itu.

“Buat permulaan ini tumpuan lebih diberikan untuk mempromosi kedai kami yang menawarkan pelbagai bahan-bahan untuk membuat kek dan biskut. Kedai ini masih baru dan ramai yang belum tahu apa sebenarnya yang kami tawarkan. Jadi, saya sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke sini atau sekurang-kurangnya janganlah segan dan melihat-lihat apa yang ada dijual di sini,” katanya.

(Sumber dari BLOG INTRO2U, 31 Januari 2009)
(Sumber dari PEJABAT MARA DAERAH KLANG, 29 April 2009)
(Sumber dari BAKERY, 23 Oktober 2009)

SEMBANG KEK

APAKAH JENIS KEK KEGEMARAN ANDA?

 
SUTRA CAFE & BAKERY 2010.